Tuesday, 7 May 2013

SURAH AL-FATIHAH DAN NAMA-NAMANYA.

Surah al Fatihah di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. 

Ia juga dipanggil Umm al-Kitab (ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Dalam hadis sahih riwayat Al-Tirmizi:
“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh ayat yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil al-Hamd dan al-Salah kerana Rasullulah saw bersabda dalam satu hadis Qudsi:
Al-Salah (al-Fatihah) dibahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Apabila hambaKu membaca “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin” maka Aku akan membalas “Hamidani ‘abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al-Fatihah dipanggil al-Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga dipanggil al- Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al-Ruqyah (penyembuh) kerana dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Sa’id, seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang diracun. Rasulullah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini adalah penyembuh?


Kesimpulan: Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al-Fatihah
2. Umm al-Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Sab’ Mathani)
4. Al-Hamd
5. Al-Salah
6. Al-Syifa
7. Al-Ruqyah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis