Saturday, 4 May 2013

POLITIK- Malam ini malam terakhir kita (Bahagian Akhir)

Buat suadara-mara saya yang yang sangat meyakini BN, hari ini hari pertama saya berbicara, dan malam terakhir untuk kita sama-sama fikirkan. Saya tahu, telah biasa dalam keluarga kita dengan ungkapan "Apa guna sokong PAS, sembahyang pun tidak, aurat pun terdedah..." dan biasa juga ungkapan balas "Apa guna sembahyang tonggang-tonggek, tapi sokong UMNO". Bukan itu soalnya. Harus diingat, ibadah kita adalah tanggungjawab masing-masing kepada Tuhan, dan masing-masing akan dipersoalkan secara individu. Namun, memilih pemerintah yang baik dan adil ini adalah tanggungjawab bersama, dan andai rosak masa depan ummat kerana pincangnya corak pemerintahan negara, kita akan terus dipersoal, tak kira yang rosak itu anak cucu kita atau anak cucu orang lain.

Lupakanlah soal ibadah dan peribadi insan-insan yang tidak kita sukai, namun fikirkanlah kepentingan ummat yang lebih besar di hari muka. Saya tahu, selama ini saudara pakcik makcik adik abang kakak sangat meyakini kebaikan BN, dan mempercayai kesemua dakwaan mereka. Percayalah, bukan semua yang diberitahu oleh akhbar dan televisyen kita adalah benar. Justeru, untuk malam ini, berilah ruang beberapa minit untuk membuat perbandingan, bukalah sedikit ruang di hati yang telah kalian tutup untuk mendengar penjelasan dari puak PR. Mungkin sebelum ini kalian benar-benar menganggap orang PR jahat, namun apakah saya juga jahat di hati kalian? Bukalah pintu hati, hanya untuk malam ini.... Kosongkan hati, bersihkanlah hati, dan berfikirlah buat ummat, berfikirlah kerana Allah dan RasulNya....


(1) Kita selalu mendengar kuliah-kuliah orang yang berpengaruh. Apakah kali ini kita taknak langsung mendengar pandangan mereka tentang pemilihan pemerintah negara ini? Kalaupun kita ada stand sendiri,, dengarlah dulu, fikirkan, kalau kita kata orang politik jahat menipiu, adakah mereka yang memang kita yakini ilmu mereka sebelum ini juga bodoh dan menipu? - Kita nak baca dan tafsir kitab pun tak reti walaupun sebuah kitab, Kita sendiri tak mampu hafal hadis sebagaimana ustaz-ustaz. Apa salahnya kita cuba nilai tokoh-tokoh yang kita hormati dan sanjungi sebelum ini...Mari kita lihat...


- "Saya mengumpamakan pemilihan ketua negara seperti menaiki kereta. Saya tidak akan naik kereta mewah tapi pemandunya mabuk. Saya akan memilih pemandu yang baik walaupun keretanya sedikit kekurangan"
Prof Muhaya
Beberapa tokoh terkenal yang tidak dapat membendung sokongan mereka pada parti Islam.

1- Ustaz Dr Zahazan Mohamed
Sumber: https://www.facebook.com/zahazanmohamed?fref=ts

2- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Sumber: https://www.facebook.com/ustazhasrizal?fref=ts

3- Ustaz Haslin Bollywood
Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Haslin-Baharim-aka-Ustaz-Bollywood/114411278716537

4- Dr Maza
Sumber: https://www.facebook.com/DrMAZA

5- Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
Sumber: https://www.facebook.com/syedabdulkadir/posts/644500625567347

6- Imam Muda Fakhrul
Sumber: https://www.facebook.com/imfakhrul

7- Imam Muda Fattah
Sumber: https://www.facebook.com/imammuda.fattah

8- Ustaz Nazmi Karim
Sumber: https://www.facebook.com/Ustaz.Nazmi.Karim.Original?ref=ts&fref=ts
 
(2) Kalau kita menganggap pakatan rakyat tak mampu mentadbir, bukankah audit ini menunjukkan bukti, jadi kenapa kita hrus takut dengan dakwaan PR bakal menghancur dan memufliskan negara....



(3) Kalau benar BN baik dan tak zalim, apa kesalahan Mejar ini? Hanya kerana melaporkan perkara yang benar saja? 



(4) Kita orang yang sukakan agama. Mengapa harus kita pisahkan politik ini untuk kesejahteraan dan pentadbiran hidup di dunia, bukan urusan agama. Adakah kita boleh memisahkan hidup kita dari agama walaupun sedetik???



(5) Kita mengatakan TG Nik Aziz bukan ulamak, hanya cakap politik. Adakah kita ambil tahu, betapa banyaknya taskirah dan kuliah beliau di Kelantan yang mengajak masyarakat kepada Allah, bukan kepada PAS. 





(6) Andai kita takut untuk mengundi bukan Islam, ini pendapat orang-orang hebat yang sama-sama kita hormat dan kagum....



(7) Kita selalu memuji pemimpin dunia yang islamik dan zuhud, masih ingat tak kita menyokong kagum melihat ahmadinejad dalam kehidupan sehariannya? Sedangkan negara kita pun ada pemimpin sebegini, mengapa kita tidak berasa bangga, malah harus mengutuk dan mencaci???





(8) BN pertikai kata-kata TGNik Aziz tentang pahala mengundi PAS. Benarkah mengundi tiada kaitan dengan dosa dan pahala.Apa maksud sebenar, apa kalam sebenar... fahamilah dulu sebelum mengkritik...




(9) BN selalu kata mengutamakan rakyat, selalu berjanji turunkan harga barang lepas pilihanraya, tapi buktinya.... Kenapa janji mereka yang mereka mungkiri tak pernah kita sedar...




(10) Apa yg kelantan telah buat untuk sejahterakan rakyat, kemudian baru diikut oleh kerajaan pusat. Apakah pembangunan pesat lebih utama daripada kesejahteraan hidup bekeluarga??? 



(11) Isu penipuan - pengundi hantu Bangla



(12)Walaupun memang keluarga kita baik, tapi cubalah nilai perbezaan program antara dua parti ini. Macaana masa depan adik2 kita anak2 kita, nak kah kita melihat mereka akan biasa terdedah dengan program-program yang takde nilai dan unsur agama lansung. Penatlah kita hidup cara Islam di rumah, namun di luar mereka terdedah dengan program yang selalu melalaikan...




   
\Buat akhirnya... selamat mengundi... Pilihlah calon yang emmberi contoh tauladan yang baik kepada kita dalam pentadbirannya, pilihlah calon yang juga dipilih oleh ulamak yang kita sanjungi dan yakini ilmu mereka sebelum ini, pilihlah untuk masa depan kita yang kekal abadi, hari akhirat...yang telah lama kita pupuk dalam keluarga kita..... Sekali lagi, semoga persaudara kita kekal hingga ke syurga, amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis