Thursday, 2 May 2013

MUQADDIMAH POLITIK...Setelah sekian lama mendiamkan diri... (Bah. 1)


 Telah lama rasanya saya menyepi diri daripada dunia politik. Bermula di alam kampus, meskipun saya masih bergiat "sedikit aktif", namun kekenduran semangat saya di bidang politik sudah mula terasa. Saya ada alasan tersendiri, yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata, namun ia bukan sekali-kali kerana saya bencikan politik.


Mana mungkin, saya yang telah ditarbiyah oleh jemaah PAS, saya yang mula mengenal usrah hasil pentarbiyahan PAS, saya yang mula membaca buku tauhid juga hasil didikan para naqib naqibah PAS, saya mengenal erti perjuangan kerana Allah juga hasil didikan nuqaba' PAS, boleh membenci politik. 

Ya, saya bukan pengikut taqlid, saya difahamkan dengan sebenar-benar faham tentang mengapa saya harus memilih PAS, siapa PAS, apa perjuangan PAS, apa erti itu, apa erti ini, kenapa begitu, kenapa begini... Jadi, berdiam dirinya saya, bukan kerana membenci politik, apalagi saya memahami politik hari ini adalah sebagai satu perjuangan. Saya selalu rasa bersalah, kerana mendiamkan diri dan tidak lagi membantu jemaah walau dengan medium apa sekalipun. Justeru, untuk tempoh baki yang masih bersisa walau satu saat, saya ingin menebus rasa bersalah ini. 

Buat mereka yang ramai di sekeliling saya, saudara mara dan rakan taulan yang saya kasihi, setelah saya mendiamkan diri agar hubungan kita tidak terjejas, hari ini saya bersuara, juga kerana sayangkan kalian dan hubungan kita. Moga kita sama-sama memahami, apa pentingnya "mengundi", dan apa pentingnya memilih "parti tertentu", untuk kehidupan kita yang kekal abadi di akhirat kelak. 

Ingatlah, dunia hanya sementara, mencari kemajuan dan kejayaan di dunia adalah untuk jambatan kita menuju akhirat. Namun, andai kesenangan dan kejayaan kita hari ini hanya sedikit peratusnya membantu kita menuju akhirat, apalah ertinya, di manakah nilainya???? Pertimbangkanlah untuk masa depan kita yang kekal abadi di sana.... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis