Friday, 5 October 2012

TAKUT & HARAP. Habib Umar bin Hafiz


Sifat takut (khauf) dan harap (raja') ini, harus ada dalam setiap diri hamba. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, tidak juga boleh dipilih hanya salah satu. Andai hanya takut yang ada, dibimbangi ketakutan yang melampau membawa kepada rasa putus asa. Sebaliknya, andai hanya rasa harap sahaja yang ada, dibimbangi kita tertipu dan terpedaya dengan harapan semata. 

Takut kepada Allah, ialah takut akan azabNya, dan tidak takut akan selain daripadaNya.

Harap kepada Allah, ialah mengharap rahmat dan keampunanNya, serta mengharap pertemuan denganNya.


Kata-kata Imam Syafie ketika hampir wafat, yang menunjukkan rasa takut dan harap beliau:

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar. 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis