Saturday, 6 October 2012

Nekad yang Tak Mampu Dipertahan

Masa di sekolah lama, aku sangat berminat untuk mendalami ilmu agama. Tetapi, disebabkan aku mendapat A dalam semua subjek semasa PMR, maka aku ditawarkan memasuki kelas aliran Sains. Waktu itu, ramai kawan-kawan seangkatan telah keluar dari sekolah tersebut. Biasalah, budak-budak sekolah agama suka keluar asrama bila masuk Tingkatan 4, ada yang masuk Sekolah Teknik, asrama penuh, dan juga sekolah harian biasa. Minggu tersebut adalah minggu "surat-surat tawaran" diterima. Maka banyaklah yang telah keluar dan pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah baru mereka.

Aku tak pedulikan itu semua, kerana aku dah beritahu mak, kalau ada apa-apa tawaran, tolak je, tak perlu bagitau, aku tak minat nak tukar sekolah. Kawan-kawan sibuk bertanya, aku takde nak pindah mana-mana ke? Ringkas saje jawapan aku, kalau aku dapat masuk kelas 4 Thanawi, aku akan kekal. Waktu itu, kelas 4 Thanawi adalah kelas yang menempatkan mereka yang ketiga tercorot dalam keputusan PMR, kelas ketiga terakhir. Kelas itu adalah kelas agama, namun ada subjek Thanawi yang harus diambil. Aku benar-benar hairan dengan pentadbiran sekolah pada masa itu, kenapa orang yang teruk diletak dalam kelas agama, sedangkan subjek agama lebih banyak, nak hafal pelbagai subjek dalam bahasa Arab, bukankah itu juga memerlukan pelajar yang cerdas otaknya??? 


Tapi, hujung minggu itu, mak dan ayah datang ziarah aku. Kami sembang dan makan-makan, hinggalah saat mereka dah nak bertolak balik, ayah mengunjukkan sebuah sampul surat, tawaran ke asrama penuh! Aku melihat tarikhnya, ternyata dah lewat kalau nak pergi. Patutnya kalau nak pergi, dah seminggu aku mengemas. Aku pun senyum jelah dan hulurkan semula sampul itu kepada ayah. Namun ayah memprovok aku, ayah cakap macam-macam. Akhirnya, ayah kata, kalau nak balik, pergilah kemas barang, ayah tunggu!!! Aku benci betullah, ayah memang pandai psiko dengan cara halus, aku selalu tewas dengan ayah. Akhirnya berkubur jelah niat aku nak ambil Thanawi, dan itulah hari terakhir aku menginap di asrama itu...

*Sungguh, penghijrahanku tanpa diduga. Nekadku terpaksa kulupa... Begitulah hidup ini, tak semua yang kita nekad akan terus kita perjuangkan... dan tak semua yang kita hindari akan terus kita tinggalkan... Allahlah yang memegang hati-hati kita, dan membolak-balikkan hati kita... Aku tak pernah menyesal dengan ketetapan Allah, kerana kuyakini di hujung jalan nanti pasti kutemukan hikmah....
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis