Tuesday, 16 October 2012

IMAM ABU HANIFAH. GURAUAN MANDI HADAS


Seorang lelaki bertanya kepada Imam Abu Hanifah;

"Jika saya menanggalkan pakaian, lalu terjun ke sungai untuk mandi mengangkat hadas, ke arah manakah yang afdhal bagi saya mengadap? Apakah ke arah kiblat?"

Jawab Imam Abu Hanifah, "Lebih afdhal bagi kamu mengadap ke arah pakaian kamu supaya ia tidak dicuri!".

*Bergurau senda adalah fitrah manusia. Sebagai manusia, kita perlukan hiburan, dan senyum tawa yang sederhana. Oleh itu, para ulamak juga bersenda gurau dengan keluarga dan anak murid mereka. Namun, mereka sentiasa mencontohi Nabi saw dalam apa jua perbuatan... Kerana itulah, gurauan mereka jauh dari sia-sia atau lawak kosong, dan jauh dari unsur menipu yang membawa kepada dosa... 

1 comment:

min-qalil said...

Walaupun ayatnya macam gurauan tapi itulah hukum sebenar. mengadap kiblat adalah sunat dalam keadaan biasa. menjaga harta adalah wajib. Jadi dalam keadaan sebegitu, mesti diutamakan yang wajib berbanding sunat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis