Sunday, 30 September 2012

AIDIL ADHA - Menyingkap Erti Pengorbanan

Kisah Nabi Allah Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as bukanlah mengajar kita erti pengorbanan biasa, sebaliknya ia mengajar kita tentang pengorbanan untuk beribadah kepada Pemilik dan Pencipta kita.

Ibadh haji - bukan sahaja mengingatkan tentang persaudaraan dan penyatuan hidup di dunia semata-mata, tetapi juga mengingatkan tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Wuquf di Arafah, adalah peringatan bagaimana kita akan berkumpul di Padang Mahsyar kelak menantikan pengadilan al-Rahman.

  • Kita hanya mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim as yang sanggup meneyembelih anaknya atas perintah Allah, namun kita lupa bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim sebelumnya yang sanggup meninggalkan Siti Hajar isteri keayangannya dan Nabi Ismail yang ketika itu masih kecil, di padang gersang tanpa bekalan dan perlindungan, juga atas perintah Allah. Justeru, sesuatu pengorbanan itu bukanlah untuk mencapai kebahagian atau kejayaan dalam sesuatu perjuangan, sebaliknya pengorbanan yang hakiki ialah "mematuhi perintah dan suruhan Allah".

  • Pengorbanan Nabi Ismail as. - Ayah yang pernah meninggalkannya, ayah yang tak pernah bersusah payah membesarkannya. Setelah sekian lama berpisah, menjelma tak semena-mena, hanya untuk menyembelihnya. Namun, kerana itu perintah Allah, dia malah memeberi sokongan dan motivasi kepada Nabi Ibrahim untuk segera menyembelihnya tanpa ragu-ragu!

  • Pengorbanan Siti Hajar - Dari mula ditinggalkan tak pernah mengeluh, setelah bersusah payah membesarkan Ismail as., tiba-tiba ingin diambil nyawanya oleh suami yang pernah meninggalkan mereka, namun langsung tidak membentak apalagi mengungkit. Kenapa??? Kerana dia tahu itu perintah Allah.

  • Mereka seluruh ahli keluarga BERKORBAN UNTUK MENTAATI PERINTAH ALLAH... Itulah penguat hati mereka untuk bekorban tanpa alasan. Mereka tak pernah terfikir, apalagi berharap, agar pengorbanan mereka itu akan diganti oleh Allah dengan sesuatu, namun Allah menggantikan, bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah kegembiraan dan kebahagiaan di dunia! Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Siapakah yang berani menafikan firman Allah... [Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?] (Al-Ankabut : 2)

  • Aidil Adha bukan kerana tamatnya ibadah haji. Kalau begitu, orang di Mekah yang menunaikan haji sahajalah yang merayakannya. Tetapi Aidil Adha adalah untuk berkongsi kegembiraan Nabi Ibrahim dan keluarganya selepas mereka berjaya melalui ujian Allah yang sangat getir dan mencengkam jiwa nurani manusia biasa itu.  Dan hari ini, kita berkongsi kegembiraan itu, dengan kegembiraan di Hari Raya Aidil Adha di seluruh negara.

JUSTERU, apakah tujuan kita bekorban??? Kerana perintah Allah... Apakah yang membuatkan kita sanggup dan berani untuk bekorban??? Kerana kejituan iman. Maka, andai masih ada ragu untuk melakukan pengorbanan demi Allah dan RasulNya, demi Islam, maka nilailah kembali iman kita...

  • Manusia beriman, sanggup melakukan apa saja perintah Allah tanpa meraguinya. Itulah nilai pengorbanan seorang hamba... tiada keraguan terhadap perintah Allah!  Apakah ada perintah Allah yang sia-sia, apakah Allah tidak tahu kesan baik buruk perintahNya, apakah Allah maha zalim dalam memutuskan sesuatu.... Maha Suci Allah daripada segalanya... 

  • Akhirnya, segala pengorbanan itu dibeli dan dibayar oleh Allah dengan nilai kemuliaan, kemuliaan terhadap seluruh ahli keluarga baginda!!!. "kama sollaiTa 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim..  kama baarakTa ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim.. Allah telah berselawat, dan memberkati keluarga baginda, dan kita telah memperakuinya dalam setiap solat kita!!! [Sesungguhnya Allah itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga] (At-Taubah : 111)

Dan.... dengan mereka yang sanggup bekorban mentaati perintah Allah inilah, terbinanya rumah yang paling mulia di atas muka bumi ini, dan dari zuriat mereka yang ikhlas bekorban melaksanakan perintah Allah inilah, lahirnya insan  paling mulia di alam semesta ini... Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa alihi wasallam.... Allahu Akbar...

* Buat akhirnya, peringatan untuk diri sendiri juga... sama-samalah kita menilai sejauh mana pula pengorbanan kita... untuk Allah dan Rasul kekasihNya... Wallahu a'lam bissowab. Wallahu yatawalla bissaroir...


Link yang berkaitan:
- IBADAH KORBAN. Apakah sebenarnya yang dituntut???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis