Tuesday, 8 May 2012

Ilmu Untuk Dikongsi. Bukan Untuk Dibangga dan Dijual-Beli.

Aku tak berniat nak berceloteh panjang kali ini. Sekadar mengenang satu peristiwa yang pernah menjadi pemusnah kepada impian dan cita-citaku sebagai seorang pendakwah. Aku meninggalkan dunia tarbiyah yang diingini oleh ramai orang, hanya kerana seorang orang. Dunia yang menjadi medan untuk mendidik diriku sendiri, memperingatkan diriku sendiri, rupanya dalam masa yang sama turut diperlukan oleh beberapa orang yang lain, tetapi dalam masa yang sama juga menjadi kebencian kepada yang lain pula.

Dunia tempat aku berkongsi ilmu dan pengalaman hidup, yang adakalanya menjadi sumber dan kekuatan serta panduan buat beberapa teman, rupanya menjadi cemuhan, ejekan, dan dilekehkan oleh yang lain pula. Ya, itu hanya satu peristiwa yang pernah membunuh minat aku untuk berkongsi ilmu dan pengalaman hidupku. Namun hari ini, aku telah dihidupkan kembali untuk meneruskan tujuan yang sama. Cuma bezanya kali ini, aku harus menyucikan jiwaku, agar setiap tindakanku ikhlas kerana Allah dan RasulNya semata-mata. Pedulikan kata manusia, yang penting nawaitu aku, hanya aku dan Allah yang tahu.

Oleh itu, di blog ini, akan aku teruskan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman hidupku, barangkali yang sedikit itu dapat membantu manusia yang memerlukan maklumat dan ilmu tentangnya. Namun, meskipun aku tak punya ilmu tinggi hingga PHD, aku harap niat baik aku untuk berkongsi ilmu hayat ini tidak dipandang lekeh. Pun begitu, sekiranya tuan puan  mempunyai ilmu dan kepakaran yang bertauliah, sekiranya ada apa yang kusampaikan ini salah, silalah betulkan.

Namapun perkongsian ilmu kan, bukannya pertunjukan ilmu atau pengajaran ilmu. Lainlah kalau pertunjukan ilmu, kalau pertunjukan, memang kita selalu nak tunjuk yang hebat-hebat sahaja, dan saling berlawanan. Juga lainlah kalau pengajaran ilmu, kalau kita mengajar tanpa tauliah, mungkin boleh ditangkap, dan kalau belajar daripada guru yang tak bertauliah, mungkin dibimbangi ajarannya sonsang lagi menyesatkan. 

Aku hanya ingin berkongsi. Bagiku, ilmu untuk dikongsikan. Bagi yang tak suka kepadaku, atau ilmuku, atau pengalamanku, atau tak berkeyakinan kepadaku kerana aku hanya insan kampung yang tak punya gulungan sijil dunia, silalah tunggalkan blog ini, mungkin dengan menjengahnya hanya akan membuang masa tuan puan sahaja. Tetapi, ingatlah kalam baginda junjungan tercinta;

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً


Entri berkaitan:
- Saya mungkin  lebih lemah... Bergandinganlah kita semuanya... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis