Saturday, 7 April 2012

... SEDANGKAN DIA TIDAK AKAN LUPAKANKU.

Qathrunnada : Zat Yang Maha Suci



SENIKATA NASYID ZAT YANG MAHA SUCI : QATRUNNADA

Bagaimanalah aku hendak melupakan Zat yang maha Suci...

Yang kuasaNya tidak pernah satu detik terlepas dariku
yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku

Ia sentiasa melihat hingga ke batinku
sentiasa mendengar setiap waktu dan detik


Kehendak-kehendakNya ke atasku pasti berlaku
sama ada aku setuju mahupun tidak setuju
menggembirakan mahupun yang mendukacitakan
ia maha Agung maha Qahhar dan maha Jabbar


Juga, kasih sayangnya kepadaku
lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya


Seluruh hidupku di dalam genggamanNya
Ia bolehbuat apa saja kepadaku, 
kuasaNya ke atasku sepenuhnya
tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
itulah Tuhan pencipta seluruh alam
dan yang menjadikan aku


Ia adalah Penyelamat Pentadbir 
Penjaga Pendidik dan Pemelihara
dengan penuh berhikmah
oleh itu bagaimana aku mahu melupakanNya....
sedangkan Dia tidak akan melupakanku
walau setakat sekelip mata
aduh... tidak mungkin aku boleh melupakannya
Tidak.... oh tidak.....


Yang kuasaNya tidak pernah, satu detik terlepas dariku
yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku
tidak mampu aku untuk melupakannya
itulah dia Tuhanku
aku tak boleh terlepas... daripada kuasaNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis