Saturday, 21 April 2012

JUMAAT - SYIAR YANG DIPINGGIRKAN

(Bicara santai - sekadar motivasi untuk merajinkan diri)

JUMAAT adalah hari yang mulia di sisi agama kita. Tak perlulah saya tuliskan di sini kelebihan-kelebihan hari Jumaat, orang yang membacanya pun tentu lebih arif. Selain daripada kelebihan hari Jumaat yang padanya diciptakan beberapa kejadian dan ciptaan Allah, hari Jumaat juga menjadi penghulu segala hari, hari yang agung, hari kebesaran ummat Islam, hari penyatuan dengan solat Jumaat, hari yang menjadi syiar kepada Islam dan ummatnya. Malah, hari Jumaat bagi pencinta al-Habib Nabi al-Musthofa Sayyiduna Muhamad saw, adalah hari kekasih, hari perindu, hari yang tertusuk di hati dan ingatannya untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda tanda cinta, tanda rayuan syafaat, tanda segala-galanya. Maka, sayugialah segala yang baik-baik disunatkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.

Memotong kuku, rambut, dan pelbagai lagi, juga sunat dilakukan pada hari Jumaat. Hatta, hingga untuk mandipun, diwujudkan pula niat mandi Jumaat, sedangkan perlaksanaannya hanyalah seperti mandi biasa, bukan seperti mandi wajib pun, malah bukan atas sebab buat apa-apapun disunatkan mandi. Hanya kita mandi biasa untuk bersiap menuju solat Jumaat, maka sebelum mandi berniat untuk mandi sunat Jumaat, dah dapat pahala mengerjakan amalan sunnat. Betapa besarnya nilai hari Jumaat itu. Pun begitu, tak ramai yang ambil peluang. Kadang-kadang, kuku yang panjang dibiar, hingga hari Sabtu atau Ahad bila nak berjumpa orang atau nak kemana-mana keraian, tersedar kuku dah panjang, barulah nak potong. Termasuklah saya, saya akan lebih sensitiv lagi selepas ini, untuk mengambil peluang pahala-pahala sunat dan meninggikan syiar Jumaat. Kadang-kadang, bila nak jumpa kekasih, nak nampak hensem, terus cukur dan gunting rambut, walaupun hari tu hari Selasa, kerana nak jumpa kekasih hari Rabu. Tak ada pun semangat nak tunggu juga sampai hari Jumaat baru nak potong. 

Begitulah ummat Islam sekarang, termasuklah saya. Terlalu kurang nak meninggikan syiar-syiar Islam, yang antaranya membesarkan hari Jumaat. Terlalu kurang rasa nak merebut dan memperbanyakkan pahala dengan pahala-pahala sunat yang ditawarkan oleh Allah. Kita ni hamba, tetapi kita selalu ego. Apa yang Allah tawar selalu kita tolak. Sedangkan kita ni faqir, Allah maha Kaya... Sudahlah faqir, jarang meminta (berdoa dan beribadah), malah menolak pula pemberian... Allahu Allah... Janganlah Engkau membiarkan kami terus dengan keegoan kami. Jadikanlah kami hamba yang selalu meminta-minta padaMu.

* Kalau menikah malam Jumaat, adakah ia sesuatu yang baik, dan dapat pahala sunat juga tak? :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis