Wednesday, 24 August 2011

CHINTA. Janganlah Aku Seperti Chinta

Masih ingat tak pada drama "CHINTA", TV3 yang dibintangi oleh Fasha Sandha. Aku tak mengikuti sangat drama-drama ni. Tapi semasa drama ini dimainkan, aku sedang dalam ming-minggu kesibukan. Makanya selalu makan malam di luar, dan selalu tertengok cerita ini di televisyen restoran. Terus-terang, aku sangat bersimpati dengan watak Chinta yang dilakonkan oleh Fasha Sandha itu. Apa sahaja yang menimpanya, bagaikan turut dirasai olehku. 
LIRIK: OPICK-RAPUH


Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa, tergores bagai lukisan...

Seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata...
Kupersembahkan kepadaMu, yang terindah dalam hidupku...

Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya... DIRIMU YANG BERTAKHTA...

Tak tahulah, sama ada benar kerana Fasha pandai membawa watak itu, ataupun kerana aku merasakan tempias watak itu dalam hidupku. Saat dia mengikhlaskan cinta, cintanya tidak dihargai. Saat dia memberikan cinta sepenuh hati, cinta itu pergi darinya. Saat dia ingin melupakan segala kisah hitam dalam hidup dan kembali menuju cinta Agung, cinta Ilahi, maka dia bertemu dengan insan sejati yang beriman yang juga mencintainya. Tetapi tetap, akhirnya cinta sejatinya itu pergi meninggalkannya. Hinggakan dia sudah tidak percaya pada cinta manusia, malah pada cinta Tuhan. Dia pernah bertaubat, tapi Allah uji dengan kekecewaan yang lebih teruk. Dia ingin ke pangkal jalan, tetapi semua insan-insan yang mendorongnya meninggalkan dia terkontang kanting. Tragis! Aku bagaikan dapat merasai keperitan hidupnya. Seringkali dia mengharapkan cinta, tapi dia mendapatkan derita...

Mudah-mudahan, Chinta itu bukan aku, dan aku bukan Chinta. Mudah-mudahan, Allah memelihara aku, untuk kesekian kali, walau berapa kalipun aku goyah, moga-moga Allah masih terus menyelamatkan aku, dan menerima aku... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis