Sunday, 12 June 2011

RINDU ATIQAH DAN ABDULLAH BIN ABU BAKAR. TAULADAN RINDUKU (bah. akhir)

(bahagian akhir)

Rindu Atiqah.

Atiqah, wanita yang digelar sebagai isteri yang 'memberi' syahid kepada suaminya. Setiap kali Atiqah berkahwin, suaminya akan mati syahid di medan perang. Disebabkan kelebihan pada Atiqah ini, ramai pemuda yang rindukan syahid silih berganti berebut untuk menjadikan Atiqah sebagai isteri. Kecantikan Atiqah, kebijaksaannya dan sifat lemah lembutnya adalah satu bonus tambahan pada diri Atiqah.

Mendengar tentang kisah Atiqah ini, Abdullah Bin Abu Bakar, anak kepada Sayyidina Abu Bakar ingin menyunting Atiqah. Dipendekkan cerita, Abdullah berjaya menjadi suami kepada Atiqah. Pada suatu hari, saat azan berkumandang, bapa Abdullah, Sayyidina Abu Bakar bergegas ke masjid untuk berjemaah. Ketika beliau melewati rumah Abdullah, beliau terdengar gelak tawa Abdullah dan Atiqah yang bergurau senda, namun Abu Bakar meneruskan perjalanannya menuju masjid.

Selesai solat berjemaah Abu Bakar pulang dan sekali lagi dia melewati rumah Abdullah, dan masih terdengar lagi gelak tawa senda gurau Abdullah dan Atiqah, lalu dipanggilnya Abdullah. Setelah bersoal-jawab beberapa ketika, Sayyidina Abu Bakar  menyambung bicara, "Wahai Abdullah, sesungguhnya engkau telah melumpuhkan perjuanganmu sebagai seorang muslim dan sesungguhnya engkau telah melalaikan tanggungjawabmu terhadap agama wahai Abdullah, ceraikan Atiqah!"

Dengan berat hati Abdullah menceraikan Atiqah. Walaupun kasihnya pada Atiqah terlalu dalam tetapi CINTANYA pada ALLAH melebihi cinta dunia, malah melebihi cinta Atiqah yang cantik lagi bijaksana itu.

Meskipun dengan berat hati, Abdullah tetap sanggup menceraikan Atiqah kerana kekuatan mujahadahnya, semata-mata kerana Allah, dan kerana ketaatan kepada bapanya. Namun, hati Abdullah tetaplah sama seperti hati "insan biasa". Selepas peristiwa itu, Abdullah mengasingkan diri daripada orang ramai dan berada di dalam bilik, sambil berdoa dan menangis kerana terlalu rindukan Atiqah. Abdullah faham dan dia tak pernah meminta kepada MANUSIA untuk memberi HARAPAN kepadanya, dia tidak pernah merayu kepada bapanya Sayyidina Abu Bakar untuk mengizinkannya kembali kepada Atiqah, kerana dia tahu, HATI BAPANYA ADALAH MILIK ALLAH.


Suatu hari, semasa Abu Bakar sedang menunaikan solat, dia terdengar rintihan anak lelakinya, Abdullah di dalam bilik. Kerana rintihan itu terlalu menusuk kalbu, Abu Bakar melangkah masuk ke bilik Abdullah, dedaun pintu diselak perlahan-lahan, alangkah terkejutnya Abu Bakar bila melihat anakya itu pucat, lesu, kurus badannya, kerana terlalu rindukan kekasihnya Atiqah. Abu Bakar tidak sampai hati membiarkan Abdullah begitu, lalu Abu Bakar menyuruh anaknya itu berkahwin semula dengan Atiqah. Atiqah dan Abdullah menyambut dengan hati yang terbuka dan gembira apabila dapat bersama kembali.

Sunguh, itulah kisah rindu yang menjadi tauladan buat rinduku. Cinta yang hakiki adalah cinta Allah. MENCINTAI KERANA ALLAH SEPATUTNYA TIDAK PERLU MEMINTA DAN MERAYU PADA MANUSIA, TIDAK PERLU BERHARAP DARIPADA MANUSIA. Berdoa dan berharap hanya pada Allah. Sahabat, moga cinta kita adalah cinta hingga ke syurga. Akan aku berpegang pada janji Allah, berdoa dan berharap hanya padaNya, yakin Dia akan tunaikan, cuma masa yang menentukan. Akan aku pegang pada janji itu, dengan penuh sabar dan ikhlas....

LIRIK : Doa Seorang Kekasih


Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis